TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Pemandu bawa keluarga ditahan 3 lelaki pegang parang di Johor

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 OGOS - Seorang pemandu mengalami detik-detik cemas apabila ditahan sekumpulan lelaki  di atas jalan raya semasa berada di kawasan Lapangan Terbang Senai, Johor pada Sabtu lalu.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan mangsa, dia yang sedang memandu secara tiba-tiba diberhentikan sebuah kenderaan jenis KIA K5 berwarna hitam.

Detik mencemaskan itu berlaku selepas tiga individu keluar daripada kenderaan tersebut sambil memegang parang lalu menuju ke arah mereka.

Melihat situasi berkenaan, mangsa yang dipercayai membawa keluarga sempat mengundurkan kenderaan dan memecut laju meninggalkan tiga individu tersebut.

Menerlusuri ruangan komen di media sosial, rata-rata pengguna bersetuju pentingnya 'dashcam' di pasang di setiap kenderaan supaya dapat merekodkan insiden seperti yang berlaku.

"Ini terjadi kepada saya juga, tapi pakai kereta Harrier, sampai menangis kena kejar, ada lima orang (india) dalam kereta bawa parang," kongsi pengguna itu.

"Ada satu masa saya hampir kena rompak dengan lapan orang naik empat motosikal, ya mereka bawa parang tendang kereta dan cuba halang kita," kata pengguna lain.

"Oh boleh bawa parang ya dalam kereta?" soal pengguna lain.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden ynag tular itu. 

+ - reset