TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Pemandu lori buat 'auto pilot' manual untuk capai barang di belakang tempat duduk

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER - Tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu lori yang cuba mengendalikan kenderaan berat secara 'auto pilot' manual mengundang padah apabila kenderaannya hilang kawalan lalu terlibat dalam kemalangan.

Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 32 saat yang tular, kejadian dipercayai berlaku ketika lori berkenaan sedang bergerak pada kelajuan sekitar 62 hingga 64 kilometer sejam di sebuah lebuh raya. 

Pemandu lelaki berkenaan dilihat sengaja membiarkan stereng tanpa dipegang semata-mata mahu bergerak ke ruang belakang tempat duduk bagi mengambil barangan.

Dalam rakaman tersebut, pemandu terbabit dilihat beberapa kali bangun dari tempat duduknya dan meletakkan tangan pada stereng secara berselang-seli bagi meyakinkan kenderaan itu kekal lurus. 

Namun, kelekaan untuk mengambil sesuatu di bahagian belakang dalam tempoh yang lama akhirnya membawa akibat buruk apabila kenderaan berat itu mula terbabas.

Lori berkenalan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan, menyebabkan gegaran hebat dalam kabin. 

Pemandu berkenaan yang cemas cuba melompat kembali ke kerusi pemandu untuk mengawal stereng, tetapi usahanya terlambat apabila kenderaan itu merempuh halangan lalu melambung dan menterbalikkan ruang dalaman lori tersebut.

Sikap mengambil mudah aspek keselamatan semasa memandu kenderaan berat bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu itu sendiri, malah berpotensi meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain. 

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa fokus sepenuhnya ketika pemanduan dan berhentikan kenderaan di kawasan selamat jika mahu mengambil barangan atau berehat.

+ - reset