TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Budak tahan sakit kena rotan dipercayai dipaksa jual kacang di Johor

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU 22 SEPTEMBER – Tular beberapa rakaman video di media sosial mengundang simpati dan kemarahan orang ramai apabila seorang budak lelaki dipercayai dipaksa berniaga kacang serta dirotan berulang kali di kawasan Bandar Baru Uda.   

Kejadian yang dikongsikan oleh @dknjffr itu memaparkan kanak-kanak itu masih berada di jalanan pada waktu malam, walaupun difahamkan sesi persekolahan berlangsung pada keesokan harinya.  

Menerusi perkongsian itu, pemilik akaun berkenaan merayu agar masyarakat Johor dapat mengenali serta membantu kanak-kanak tersebut.

Beliau turut meluahkan rasa kasihan terhadap nasib mangsa yang dipercayai dipaksa menjual kacang dan menggesa pihak berkuasa atau ahli keluarga mengambil tindakan sewajarnya.   

Dalam rakaman video seterusnya, kanak-kanak itu dilihat melintas ke seberang jalan sambil diekori seorang lelaki dewasa yang dipercayai sedang memantaunya.   

Video berkenaan kini mendapat perhatian meluas di platform media sosial, dengan pelbagai pihak menyuarakan kebimbangan mengenai isu penganiayaan kanak-kanak serta eksploitasi kanak-kanak untuk tujuan perniagaan.

+ - reset