Berita Berita
Skim Kemahiran Mukmin sasar wujud 15,000 peluang pekerjaan belia India Muslim
KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini bukan lagi pilihan alternatif sebaliknya menjadi laluan utama menuju kecemerlangan, selaras dengan sasaran mewujudkan 15,000 peluang pekerjaan buat belia masyarakat India Muslim menerusi Skim Kemahiran Mukmin.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, persepsi masyarakat terhadap pendidikan berasaskan kemahiran kini kian berubah apabila semakin ramai keluarga dan belia menyedari potensi sektor berkenaan dalam menjamin masa depan yang lebih baik.
"Matlamat kami adalah untuk mengubah kemahiran ini menjadi peluang pekerjaan sebenar dan peluang pertumbuhan untuk rakyat kami," katanya ketika mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pelancaran Kemahiran Mukmin hari ini.
Beliau menjelaskan, kerajaan kini giat membangunkan tenaga kerja mahir bagi memastikan persekitaran perindustrian negara kekal kukuh dan bersedia memenuhi keperluan para pelabur serta industri yang bertapak di Malaysia.
Menurutnya, langkah penting yang perlu diberi penekanan ketika ini adalah memastikan setiap latihan kemahiran yang disediakan mampu diterjemahkan kepada kemajuan fizikal, peluang kerjaya, serta masa depan yang lebih terjamin untuk seluruh rakyat.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 4:13 pm
JPN sahkan anak lelaki warga Bangladesh layak miliki MyKad
August 10, 2026, 3:54 pm
Myanmar sedia bawa pulang 5,000 pelarian menggunakan kapal - Tok Mat
August 10, 2026, 3:01 pm
Rafizi dakwa Kerajaan Madani gagal bayar penuh komitmen pulihkan Tabung Haji
August 10, 2026, 2:53 pm
Polis serbu penempatan warga asing buru suspek rogol wanita OKU
August 10, 2026, 2:49 pm
Polis tumpaskan sindiket culik warga asing, dua suspek ditembak mati
August 10, 2026, 2:44 pm
Jangan biarkan kelompok ekstremis rosakkan perpaduan - Kor Ming
August 10, 2026, 1:17 pm
Kes rogol OKU: PDRM beri amaran rakyat Malaysia jangan ambil tindakan sendiri terhadap warga asing
August 10, 2026, 11:48 am
PM Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari
August 10, 2026, 11:44 am
