Berita Berita
Ditegur lambat isi minyak, penghantar makanan diacu pisau pemotong daging
KUALA TERENGGANU, 10 Ogos — Seorang penghantar makanan berdepan detik cemas selepas diacu sebilah pisau pemotong daging oleh seorang lelaki warga tua akibat berang kerana didakwa lambat mengisi minyak motosikal di sebuah stesen minyak di Jalan Pasir Panjang, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa berusia 26 tahun secara tiba-tiba didatangi suspek berusia 55 tahun yang menaiki motosikal jenis Honda Wave sebelum menjerit dan memarahinya di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, suspek mengeluarkan kata-kata kesat sebelum mengambil pisau berkenaan dari bakul motosikalnya dan mengacu ke arah mangsa sehingga menyebabkan mangsa ketakutan lalu melarikan diri.
"Pekerja di stesen minyak berkenaan mengesahkan suspek sering datang ke situ untuk mengisi minyak, namun punca sebenar amukan suspek masih belum dapat dipastikan.
"Ekoran kejadian itu, polis telah menahan suspek serta merampas sebuah motosikal, sebilah pisau pemotong daging, pakaian, dan kunci motosikal bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azli menambah, suspek kini direman selama empat hari bermula 10 hingga 13 Ogos di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Hasil ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, selain memiliki 15 rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 4:13 pm
JPN sahkan anak lelaki warga Bangladesh layak miliki MyKad
August 10, 2026, 3:54 pm
Myanmar sedia bawa pulang 5,000 pelarian menggunakan kapal - Tok Mat
August 10, 2026, 3:01 pm
Rafizi dakwa Kerajaan Madani gagal bayar penuh komitmen pulihkan Tabung Haji
August 10, 2026, 2:53 pm
Polis serbu penempatan warga asing buru suspek rogol wanita OKU
August 10, 2026, 2:49 pm
Polis tumpaskan sindiket culik warga asing, dua suspek ditembak mati
August 10, 2026, 2:44 pm
Jangan biarkan kelompok ekstremis rosakkan perpaduan - Kor Ming
August 10, 2026, 1:17 pm
Kes rogol OKU: PDRM beri amaran rakyat Malaysia jangan ambil tindakan sendiri terhadap warga asing
August 10, 2026, 11:48 am
PM Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari
August 10, 2026, 11:44 am
