Berita Ekonomi
Malaysia sasar capai 100 peratus tahap sara diri susu, 50 peratus daging lembu menjelang 2030 - Agro Malaysia
KUALA LUMPUR 18 Julai – Malaysia menyasarkan 100 peratus kadar sara diri (SSL) pengeluaran susu segar negara dalam tempoh enam tahun dan 50 peratus dalam sektor daging lembu menjelang 2030.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agro Malaysia Dato Sri G. Gnanaraja berkata pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Menurutnya, Agro Malaysia percaya dalam merevolusikan penternakan lembu di Malaysia dengan pembabitkan AI dan ia sudah mula digunakan dalam sektor berkenaan.
“Sehingga 2023, SSL daging lembu Malaysia dianggarkan sekitar 27 peratus. Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran domestik, termasuk menambah bilangan ladang lembu dan menambah baik amalan pembiakan.
“Industri ternakan Malaysia adalah komponen penting dan memainkan peranan besar dalam sektor pertanian termasuk menyediakan peluang pekerjaan yang menguntungkan.
“Ia sekali gus menghasilkan makanan protein haiwan yang berguna untuk penduduk. Industri ini boleh dikelaskan kepada subsektor bukan ruminan dan subsektor ruminan,” katanya.
Gnanaraja berkata demikian selepas merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Ternakan dan Penternakan Tenusu 2024 di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur malam tadi.
Katanya lagi, negara kini mensasarkan untuk mengeluarkan sendiri susu segar sepenuhnya melalui pelbagai inisiatif bagi membantu petani kecil mengikuti tren susu.
“Pada masa ini, kurang daripada separuh daripada penggunaan tahunan susu negara dihasilkan dalam negara, manakala selebihnya diimport.
“Rakyat Malaysia mengambil kira-kira 80 juta liter susu setiap tahun, dengan kadar purata pertumbuhan 8 peratus sejak 2010,” katanya.
Menurutnya lagi, negara memerlukan sekurang-kurangnya 30,000 ekor lagi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat berikutan kanak-kanak digalakkan untuk minum susu segar di sekolah.
“Pilihan pemakanan pengguna juga berubah, dengan lebih banyak memilih susu segar berbanding susu pekat,” katanya.
Kerajaan telah melancarkan inisiatif untuk menyediakan akses percuma kepada petani kepada data satelit dan teknologi AI.
Berita berkaitan
October 24, 2025, 8:05 pm
CEO Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed umum letak jawatan
October 23, 2025, 11:09 am
Kerajaan dapat jimat RM5 bilion setahun hasil penyasaran semula subsidi diesel – MoF
September 26, 2025, 6:39 pm
Saham Astro jatuh merudum ke paras terendah, keuntungan merosot hampir 70 peratus
September 23, 2025, 10:56 am
Harga RON95 turun, ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
September 18, 2025, 11:00 am
Proton e.MAS 7 kekal EV paling laris, raih jualan lebih 5,800 unit hingga Ogos
September 10, 2025, 10:40 am
CFO perlu bertindak sebagai pemacu strategi, bukan lagi ‘scorekeeper’ – Abdul Wahid
September 1, 2025, 10:08 pm
Rianlon Corp bakal melabur RM820 juta di Johor, Anwar tinjau perkembangan ECRL
September 1, 2025, 3:23 pm
Moody’s jangka BNM kekal OPR pada 2.75 peratus minggu ini
August 15, 2025, 12:30 pm
