Berita Berita
Reman tiga pelarian Myanmar kes rogol wanita OKU disambung lima hari
KEMAMAN 12 Ogos – Tempoh reman tiga lelaki warga Myanmar yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang wanita orang kurang upaya (OKU) intelektual di sini, disambung lima hari lagi bermula esok hingga Isnin depan.
Perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek berusia antara 19 hingga 28 tahun itu dikeluarkan Majistret Marsha Abdul Malik di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Mohd Rosli berkata, kesemua suspek yang bekerja sebagai buruh binaan dan pekerja pembersihan itu ditahan pada Jumaat lalu.
Menurutnya, tempoh reman awal ketiga-tiga suspek berakhir hari ini.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Ketiga-tiga suspek ditahan di Kampung Enjin Gergaji di sini selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 20 tahun berhubung kejadian itu pada Jumaat lalu.
Dalam perkembangan sama, polis turut menahan dua lagi lelaki warga Myanmar masing-masing berusia 23 tahun di Kampung Besut, Chukai, bagi membantu siasatan kes sama.
Kedua-dua mereka kini direman sehingga Ahad ini.
– BERNAMA
Berita berkaitan
August 12, 2026, 6:06 pm
Tun M, Dr Siti Hasmah cipta sejarah cipta tiga rekod baharu usia seabad
August 12, 2026, 5:59 pm
Pemandu lori sampah ditahan susulan kemalangan hempap tiga kenderaan di Pantai Hillpark
August 12, 2026, 5:52 pm
Laporan RCI Tabung Haji: Polis rakam keterangan 134 saksi, kesan 14 lagi di Indonesia
August 12, 2026, 5:47 pm
KKM saran tangguh aktiviti fizikal luar jika IPU melebihi 100
August 12, 2026, 4:10 pm
Mahkamah Kulim kecoh, dua OKT terlepas, seorang turun ikut tiang aras satu
August 12, 2026, 3:42 pm
Penjual burger didakwa rogol budak 12 tahun dalam kereta baru sehari kenal
August 12, 2026, 2:42 pm
RM6,000 modal warga Myanmar untuk masuk Malaysia secara haram melalui laluan laut
August 12, 2026, 2:05 pm
