Berita Berita
Laporan RCI Tabung Haji: Polis rakam keterangan 134 saksi, kesan 14 lagi di Indonesia
KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merekodkan keterangan daripada 134 saksi, termasuk 10 individu terbaharu bagi membantu siasatan berhubung dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Jabatan Pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, saksi terbaharu yang dipanggil merangkumi individu yang pernah dipanggil sebelum ini serta mereka yang berkaitan dengan struktur pengurusan TH.
"Berdasarkan laporan RCI, nama-nama individu telah dikenal pasti dan dipanggil untuk dirakam keterangan. Mereka merangkumi kakitangan dalaman, pemegang amanah, ahli lembaga pengarah, ketua pegawai eksekutif serta ketua pegawai kewangan," katanya pada sidang media di sini, pada Rabu.
Beliau menambah, polis tidak membuang kemungkinan untuk memanggil saksi tambahan dari semasa ke semasa bergantung kepada perkembangan siasatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Rusdi memaklumkan pihak polis turut memerlukan keterangan daripada 14 saksi di Indonesia bagi membantu dua kertas siasatan, terutamanya berhubung isu urus niaga jual beli saham dan syarikat berkaitan.
Sehubungan itu, permohonan rasmi telah dibuat menerusi mekanisme Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA) bagi membolehkan proses rakaman kenyataan dijalankan, sama ada di Malaysia mahupun di negara jiran tersebut.
Setakat ini, jumlah laporan polis yang diterima kekal sembilan laporan dan sebanyak lima kertas siasatan telah dibuka.
RCI ditubuhkan pada 2021 bagi memantau pengurusan dan operasi TH dari tahun 2014 hingga 2020. Laporan setebal 211 muka surat itu mengemukakan 25 syor selepas mengenal pasti pelbagai isu kritikal termasuk kelemahan tatakelola, defisit aset-liabiliti, serta transaksi mencurigakan.
Siasatan kini dijalankan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Tabung Haji 1995, Akta Syarikat 1965, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Berita berkaitan
August 12, 2026, 6:06 pm
Tun M, Dr Siti Hasmah cipta sejarah cipta tiga rekod baharu usia seabad
August 12, 2026, 5:59 pm
Pemandu lori sampah ditahan susulan kemalangan hempap tiga kenderaan di Pantai Hillpark
August 12, 2026, 5:47 pm
KKM saran tangguh aktiviti fizikal luar jika IPU melebihi 100
August 12, 2026, 4:10 pm
Mahkamah Kulim kecoh, dua OKT terlepas, seorang turun ikut tiang aras satu
August 12, 2026, 3:42 pm
Penjual burger didakwa rogol budak 12 tahun dalam kereta baru sehari kenal
August 12, 2026, 3:07 pm
Reman tiga pelarian Myanmar kes rogol wanita OKU disambung lima hari
August 12, 2026, 2:42 pm
RM6,000 modal warga Myanmar untuk masuk Malaysia secara haram melalui laluan laut
August 12, 2026, 2:05 pm
