Berita Berita
Tun M, Dr Siti Hasmah cipta sejarah cipta tiga rekod baharu usia seabad
KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, mencipta sejarah tersendiri apabila dianugerahkan tiga rekod rasmi bagi mengiktiraf usia panjang dan pencapaian luar biasa mereka sebagai pasangan suami isteri.
Dr Mahathir, 101, diiktiraf oleh ASEAN Records sebagai Bekas Perdana Menteri Yang Masih Hidup Paling Tua. Manakala Dr Siti Hasmah, 100, dianugerahkan gelaran Pasangan Kepada Bekas Perdana Menteri Yang Masih Hidup Paling Tua.
Selain itu, pasangan berkenaan turut diiktiraf secara bersama oleh ASIA Records sebagai Bekas Ketua Kerajaan Pertama dan Pasangan Yang Kedua-duanya Mencapai Usia Centenarian (Abad) Serta Masih Hidup.
Penyampaian anugerah bersejarah itu disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat, Tan Sri Datuk Danny Ooi, bersama ketua juri Gillian Ooi dan Eldrick Koh dalam satu majlis di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini pada Selasa.
Pengiktirafan ini hadir susulan detik bermakna buat pasangan tersebut yang baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran Dr Mahathir yang ke-101 pada 10 Julai lalu, diikuti ulang tahun kelahiran ke-100 Dr Siti Hasmah pada 12 Julai. Pasangan itu juga menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-70 pada 5 Ogos lalu.
Pasukan panel penilai mengesahkan bahawa hasil semakan mendapati tiada pencapaian seumpamanya yang pernah direkodkan secara terbuka di rantau ASEAN mahupun Asia.
Pencapaian ini sekali gus menambah lagi lembaran lipatan sejarah dalam perjalanan hidup pasangan tokoh negara berkenaan yang telah merentasi pelbagai era pembangunan moden Malaysia.
Berita berkaitan
August 12, 2026, 5:59 pm
Pemandu lori sampah ditahan susulan kemalangan hempap tiga kenderaan di Pantai Hillpark
August 12, 2026, 5:52 pm
Laporan RCI Tabung Haji: Polis rakam keterangan 134 saksi, kesan 14 lagi di Indonesia
August 12, 2026, 5:47 pm
KKM saran tangguh aktiviti fizikal luar jika IPU melebihi 100
August 12, 2026, 4:10 pm
Mahkamah Kulim kecoh, dua OKT terlepas, seorang turun ikut tiang aras satu
August 12, 2026, 3:42 pm
Penjual burger didakwa rogol budak 12 tahun dalam kereta baru sehari kenal
August 12, 2026, 3:07 pm
Reman tiga pelarian Myanmar kes rogol wanita OKU disambung lima hari
August 12, 2026, 2:42 pm
RM6,000 modal warga Myanmar untuk masuk Malaysia secara haram melalui laluan laut
August 12, 2026, 2:05 pm
