Berita Berita
Mahkamah Kulim kecoh, dua OKT terlepas, seorang turun ikut tiang aras satu
KULIM 12 Ogos - Dua lelaki yang juga orang kena tuduh (OKT) melarikan diri dari kawasan Mahkamah Majistret Kulim selepas menyedari kehadiran anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang, hari ini.
Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu turut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring mengesahkan kejadian berkenaan.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua OKT hadir ke Mahkamah Majistret Kulim untuk sebutan semula kes berkaitan laporan kes Serdang atas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau alat berbahaya dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
"Kedua-dua OKT lelaki ini dituduh di Mahkamah Majistret Kulim pada 30 April lalu dan diikat jamin oleh pihak mahkamah sementara untuk menunggu proses perbicaraan dilakukan.
"OKT pertama berusia 27 tahun diikat jamin sebanyak RM4,000 manakala OKT kedua berusia 31 tahun telah diikat jamin sebanyak RM3,000.
"Kes ditetapkan semula untuk sebutan semula pada 8 Jun lalu, 12 Julai lalu dan hari ini untuk serahan dokumen dan pengurusan kes," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syamsul berkata, selepas selesai urusan sebutan kes dalam kamar mahkamah iaitu sebutan pengurusan kes dan serahan dokumen, kedua-dua OKT terbabit keluar melalui pintu belakang mahkamah.
Beliau berkata, pada masa sama, mereka melihat kehadiran anggota polis dari IPD Seberang Perai Selatan yang berada di pintu hadapan mahkamah.
"Berikutan itu, salah seorang daripada OKT terus melarikan diri dalam kawasan mahkamah dan turun melalui tiang dari aras satu Mahkamah Kulim.
"Manakala seorang lagi OKT masuk semula ke dalam dan lari melalui laluan belakang kawasan mahkamah," katanya.
Syamsul berkata, kedua-dua OKT terbabit melarikan diri melalui laluan belakang mahkamah dengan cara memanjat pagar.
Berita berkaitan
August 12, 2026, 6:06 pm
Tun M, Dr Siti Hasmah cipta sejarah cipta tiga rekod baharu usia seabad
August 12, 2026, 5:59 pm
Pemandu lori sampah ditahan susulan kemalangan hempap tiga kenderaan di Pantai Hillpark
August 12, 2026, 5:52 pm
Laporan RCI Tabung Haji: Polis rakam keterangan 134 saksi, kesan 14 lagi di Indonesia
August 12, 2026, 5:47 pm
KKM saran tangguh aktiviti fizikal luar jika IPU melebihi 100
August 12, 2026, 3:42 pm
Penjual burger didakwa rogol budak 12 tahun dalam kereta baru sehari kenal
August 12, 2026, 3:07 pm
Reman tiga pelarian Myanmar kes rogol wanita OKU disambung lima hari
August 12, 2026, 2:42 pm
RM6,000 modal warga Myanmar untuk masuk Malaysia secara haram melalui laluan laut
August 12, 2026, 2:05 pm
