Berita Berita
21 September keputusan permohonan isu awal saman Yusoff Rawther terhadap Anwar
KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan 21 September depan untuk membuat keputusan berhubung permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beberapa isu awal didengar terlebih dahulu sebelum perbicaraan saman dakwaan serangan seksual oleh Muhammed Yusoff Rawther dimulakan.
Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah daripada kedua-dua pihak dalam prosiding yang dijalankan secara dalam kamar.
Dalam prosiding berkenaan, Anwar diwakili peguam Christopher Leong, manakala Muhammed Yusoff selaku responden diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun memohon supaya isu berkaitan pergerakan dan kehadiran Muhammed Yusoff di kediaman peribadinya pada 2 Oktober 2018 ditentukan terlebih dahulu. Menurut beliau, penentuan isu berkenaan berpotensi menyelesaikan keseluruhan kes saman tersebut tanpa perlu melalui proses perbicaraan penuh.
Untuk rekod, Muhammed Yusoff memfailkan saman terhadap Anwar pada 14 Julai 2021 atas dakwaan menjadi mangsa serangan seksual di sebuah kediaman di Segambut pada 2 Oktober 2018.
Plaintif yang membuat laporan polis pada 7 Disember 2019 menuntut ganti rugi khas, am, teruk, dan teladan selepas mendakwa kesihatan mentalnya terjejas akibat kecaman awam.
Walau bagaimanapun, Anwar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan dan memfailkan tuntutan balas pada September 2021, dengan menegaskan tuduhan itu palsu serta mengesahkan beliau berada bersama keluarga serta rakan-rakan di kediamannya di Bukit Segambut pada tarikh yang dinyatakan.
Berita berkaitan
August 12, 2026, 8:32 pm
Lelaki selamba buat aksi lucah di perpustakaan, siap curi duit pembantu pustakawan RM390
August 12, 2026, 8:25 pm
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bersama syabu RM8 juta
August 12, 2026, 6:06 pm
Tun M, Dr Siti Hasmah cipta sejarah lakar tiga rekod baharu usia seabad
August 12, 2026, 5:59 pm
Pemandu lori sampah ditahan susulan kemalangan hempap tiga kenderaan di Pantai Hillpark
August 12, 2026, 5:52 pm
Laporan RCI Tabung Haji: Polis rakam keterangan 134 saksi, kesan 14 lagi di Indonesia
August 12, 2026, 5:47 pm
KKM saran tangguh aktiviti fizikal luar jika IPU melebihi 100
August 12, 2026, 4:10 pm
Mahkamah Kulim kecoh, dua OKT terlepas, seorang turun ikut tiang aras satu
August 12, 2026, 3:42 pm
Penjual burger didakwa rogol budak 12 tahun dalam kereta baru sehari kenal
August 12, 2026, 3:07 pm
