TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bersama syabu RM8 juta

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU, 12 Ogos – Polis Thailand menahan seorang lelaki warga Malaysia berusia 20 tahun bersama rampasan 166 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine kristal atau syabu dianggarkan bernilai lebih RM8 juta di Hua Hin, Wilayah Prachuap Khiri Khan, Sabtu lalu.

Jurucakap keselamatan Thailand berkata, penahanan dibuat selepas pihak polis memintas sebuah kereta BMW dipandu suspek dari Bangkok menuju ke selatan Thailand menerusi satu sekatan jalan raya kira-kira jam 12.30 tengah malam pada 8 Ogos.

"Kereta berkenaan cuba mengelak daripada pemeriksaan polis, namun anggota bertugas bertindak mengejar kenderaan itu sebelum berjaya menahannya di luar sebuah kedai serbaneka berhampiran Hua Hin Grand.

"Pemeriksaan berasingan ke atas beberapa beg pakaian di dalam kenderaan itu menemui dadah berkenaan. Suspek sebelum itu mendakwa beg berkenaan bukan miliknya dan tidak mengetahui kod kombinasi kunci," katanya.

Menurut jurucakap itu, siasatan mendapati bekalan dadah berkenaan dipercayai ditempah oleh seorang warga China yang berpangkalan di Bangkok sebelum mengarahkan kurier menghantarnya ke Hat Yai serta tiga wilayah di selatan Thailand, dengan menjadikan Hua Hin sebagai lokasi transit.

Kenderaan mewah itu turut disita dan Polis Thailand kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan rangkaian pengedaran dadah berkenaan.

+ - reset