Berita Berita
Wanita ditumbuk, tegur kutipan parkir haram di Jalan Klang Lama
KUALA LUMPUR 16 OGOS - Tiga lelaki ditahan polis selepas disyaki memukul seorang wanita yang menegur kegiatan mereka mengutip wang parkir secara haram di Jalan Awan Besar, Jalan Klang Lama, di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, dalam kejadian pada pukul 2.38 petang berhampiran Dewan Komuniti OUG, wanita berusia 38 tahun itu mendakwa dimarahi suspek dengan kata-kata kesat sebelum ditumbuk di kepala.
“Mangsa turut mendakwa diugut akan diganggu dan dibuat kacau di tempat kerjanya,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.
Fadil menambah, bertindak atas laporan mangsa, polis menahan tiga lelaki berusia antara 20 hingga 26 tahun di sekitar Brickfields, Sabtu lalu.
Beliau berkata, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau.
“Seorang daripada suspek direman tiga hari bermula Ahad, manakala dua lagi suspek masing-masing direman sehari,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
August 16, 2026, 5:21 pm
Anwar umum tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen, teliti kenaikan subsidi RON95 dan diesel
August 16, 2026, 4:09 pm
Kerjasama PKR dengan UMNO-BN perlu demi kestabilan, kemakmuran rakyat - Anwar
August 16, 2026, 3:50 pm
PKSK Onboard, Jejak Wahyu manfaat teknologi jadikan pembelajaran lebih interaktif
August 16, 2026, 2:51 pm
MARA gantung serta-merta petugas didakwa terlibat gangguan seksual
August 16, 2026, 1:14 pm
Polis siasat kes gaduh babit warga asing
August 16, 2026, 1:08 pm
'DAP bukan parti Cina, tapi untuk semua rakyat Malaysia' - Anthony Loke
August 16, 2026, 9:39 am
