Berita Berita
Polis pandang serius, siasat kes patung ibadat rosak dalam kuil di Bukit Tinggi
BENTONG 16 Ogos - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian patung rosak di sebuah kuil di Bukit Tinggi, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pihak polis menyedari dakwaan mengenai kejadian di sebuah rumah ibadat itu yang tular di media sosial semalam.
“Siasatan telah dimulakan. Kami memandang serius perkara ini.
“Jabatan akan memastikan butiran kejadian, mengenal pasti punca serta mengesan individu yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan.
“Bertindak secara bertanggungjawab dan elakkan daripada mengeluarkan kenyataan atau menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan ketegangan, khususnya berkaitan isu kaum dan agama, demi memelihara keharmonian masyarakat,” katanya.
Berita berkaitan
August 16, 2026, 6:00 pm
Wanita ditumbuk, tegur kutipan parkir haram di Jalan Klang Lama
August 16, 2026, 5:21 pm
Anwar umum tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen, teliti kenaikan subsidi RON95 dan diesel
August 16, 2026, 4:09 pm
Kerjasama PKR dengan UMNO-BN perlu demi kestabilan, kemakmuran rakyat - Anwar
August 16, 2026, 3:50 pm
PKSK Onboard, Jejak Wahyu manfaat teknologi jadikan pembelajaran lebih interaktif
August 16, 2026, 2:51 pm
MARA gantung serta-merta petugas didakwa terlibat gangguan seksual
August 16, 2026, 1:14 pm
Polis siasat kes gaduh babit warga asing
August 16, 2026, 1:08 pm
