Berita Berita
'Pastikan rakyat faham, rasa usaha kerajaan' - Ramanan gesa PKR dengar suara rakyat, baiki kekurangan
KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu terus mendengar suara rakyat dengan hati terbuka bagi memperkemas gerak kerja parti dan memperkukuh keyakinan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk R. Ramanan.
Beliau berkata, suara rakyat perlu diberi perhatian kerana daripada keresahan dan pandangan mereka, parti dapat mengenal pasti ruang untuk memperbaiki kelemahan serta memastikan dasar dan inisiatif kerajaan benar-benar memberi kesan kepada kehidupan seharian.
“Dalam penggulungan saya, saya menegaskan bahawa suara rakyat perlu kita dengar dengan hati terbuka kerana di situlah datangnya ruang untuk kita memperkemas gerak kerja dan memperkukuh keyakinan rakyat,” katanya menerusi kenyataan di media sosial hari ini.
Menurut Ramanan, KEADILAN perlu turun ke akar umbi untuk memahami keresahan rakyat, mencari penyelesaian dan memastikan setiap dasar serta inisiatif kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada mereka.
Beliau pada masa sama berkata, aspek penerangan perlu diperkasakan bagi memastikan rakyat mengetahui dan memahami pelbagai inisiatif serta pembaharuan yang dilaksanakan Kerajaan MADANI.
“Kerajaan MADANI boleh melaksanakan pelbagai inisiatif dan pembaharuan, tetapi sekiranya rakyat tidak tahu, tidak faham dan tidak merasainya, maka usaha itu belum sampai sepenuhnya kepada mereka. Sebab itu penerangan perlu bergerak setiap hari sehingga ke akar umbi,” katanya.
Ramanan berkata, kejayaan Kerajaan MADANI bukan sekadar perlu diketahui rakyat, sebaliknya mesti benar-benar dirasai dalam kehidupan mereka.
“Dengar suara rakyat. Baiki kekurangan. Sampaikan fakta. Pastikan kejayaan Kerajaan MADANI bukan sahaja diketahui, tetapi benar-benar dirasai oleh rakyat,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua perwakilan dari seluruh negara yang hadir pada Kongres Nasional KEADILAN 2026, selain urusetia dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran sepanjang kongres berlangsung.
“Terima kasih atas kehadiran luar biasa semua perwakilan dari seluruh negara dan penghargaan juga kepada urusetia serta sukarelawan yang bertungkus lumus memastikan kelancaran sepanjang kongres berlangsung,” katanya.
Berita berkaitan
August 17, 2026, 9:41 am
Penunggang motosikal maut rempuh lori kehabisan minyak di bahu jalan
August 17, 2026, 9:35 am
BMW, Axia kereta terbakar depan KL Gateway Mall
August 16, 2026, 7:44 pm
Polis pandang serius, siasat kes patung ibadat rosak dalam kuil di Bukit Tinggi
August 16, 2026, 6:00 pm
Wanita ditumbuk, tegur kutipan parkir haram di Jalan Klang Lama
August 16, 2026, 5:21 pm
Anwar umum tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen, teliti kenaikan subsidi RON95 dan diesel
August 16, 2026, 4:09 pm
Kerjasama PKR dengan UMNO-BN perlu demi kestabilan, kemakmuran rakyat - Anwar
August 16, 2026, 3:50 pm
PKSK Onboard, Jejak Wahyu manfaat teknologi jadikan pembelajaran lebih interaktif
August 16, 2026, 2:51 pm
