Berita Berita
BMW, Axia kereta terbakar depan KL Gateway Mall
KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Sebuah kereta jenis BMW dan Perodua Axia dilaporkan musnah terbakar dalam satu kejadian yang berlaku di hadapan pusat belah-belah KL Gateway Mall, Jalan Kerinchi, di sini malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 berhubung insiden berkenaan pada pukul 9.53 malam sebelum menggerakkan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.
Sepasukan jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai terus digagaskan ke tempat kejadian bagi mengawal dan memadamkan kebakaran daripada terus merebak ke kawasan berhampiran.
Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan I Mokhtar Ramli berkata, setibanya pihak bomba di lokasi kejadian, mereka mendapati api sedang mara membabitkan kedua-dua buah kenderaan berkenaan.
Menurut beliau, kenderaan jenis BMW berkenaan telah musnah terbakar sesebanyak 100 peratus, manakala Perodua Axia pula mengalami kerosakan anggaran 30 peratus akibat bahang dan jilatan api.
Pihak bomba berjaya mengawal serta memadamkan kebakaran tersebut sepenuhnya tidak lama kemudian, sekali gus mengelakkan sebarang risiko bahaya lain di kawasan berkenaan.
Kejadian tersebut bernasib baik kerana tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, manakala punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.
Berita berkaitan
August 17, 2026, 9:41 am
Penunggang motosikal maut rempuh lori kehabisan minyak di bahu jalan
August 16, 2026, 7:44 pm
Polis pandang serius, siasat kes patung ibadat rosak dalam kuil di Bukit Tinggi
August 16, 2026, 6:00 pm
Wanita ditumbuk, tegur kutipan parkir haram di Jalan Klang Lama
August 16, 2026, 5:21 pm
Anwar umum tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen, teliti kenaikan subsidi RON95 dan diesel
August 16, 2026, 4:09 pm
Kerjasama PKR dengan UMNO-BN perlu demi kestabilan, kemakmuran rakyat - Anwar
August 16, 2026, 3:50 pm
PKSK Onboard, Jejak Wahyu manfaat teknologi jadikan pembelajaran lebih interaktif
August 16, 2026, 2:51 pm
