Berita Berita
Wanita warga China agresif di KLIA Terminal 1 disyaki kurang siuman, lupa makan ubat
SEPANG, 19 Ogos – Seorang wanita warga China yang bertindak agresif serta menjerit di Balai Perlepasan Antarabangsa Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam disyaki mengalami masalah kurang siuman.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.19 petang ketika wanita berusia 27 tahun itu sedang menunggu penerbangan untuk pulang ke negaranya.
Menurut beliau, suspek dilihat menjerit dengan nada tinggi, berlari, menyanyi serta menari sehingga mengganggu ketenteraman orang awam di kawasan sekitar.
"Anggota keselamatan terminal kemudiannya menenangkan keadaan sebelum membawa wanita terbabit ke Balai Polis Terminal 1 untuk tindakan lanjut.
"Siasatan mendapati dia tiba di Malaysia bersama temannya sebagai pelancong pada 6 Ogos lalu dan dijadualkan berlepas pulang pada Selasa. Temannya memaklumkan wanita berkenaan dikatakan terlupa mengambil ubat yang dibekalkan doktor," katanya dalam kenyataan hari ini.
M Ravi menambah, wanita terbabit yang disahkan stabil dan bukan di bawah pengaruh dadah kini telah dihantar ke Wad Psikiatrik Hospital Kajang untuk menerima rawatan lanjut, manakala pihak kedutaan China turut dimaklumkan mengenai insiden berkenaan.
Polis dalam pada itu menasihati orang ramai agar tidak melakukan tindakan yang boleh menimbulkan kegusaran awam, khususnya di premis utama seperti Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA.
Berita berkaitan
August 19, 2026, 6:29 pm
Kisah pengorbanan pekerja pembersihan besarkan 5 anak sentuh hati PM
August 19, 2026, 6:18 pm
Diesel naik 20 sen, RON95 naik 15 sen
August 19, 2026, 6:11 pm
Saifuddin arah Imigresen beri kerjasama penuh siasatan kemalangan maut tiga beranak
August 19, 2026, 6:06 pm
Didakwa terima rasuah, Rafizi ambil tindakan saman Caprice
August 19, 2026, 3:37 pm
MYRIDERID percuma, PERKESO sedia identiti kecemasan digital untuk penunggang motosikal
August 19, 2026, 2:54 pm
Bekas CEO bank pelaburan didakwa tipu RM139.8 juta
August 19, 2026, 2:10 pm
Kes Rocky: Bukan hanya Muhammad Shah akan didakwa esok, ada lagi beberapa pihak termasuk PBT - Polis
August 19, 2026, 1:38 pm
