Berita Berita
Dendam isu nombor ramalan motif wanita disimbah petrol, dibakar di Kepong
KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Dendam peribadi dipercayai menjadi motif utama seorang lelaki menyimbah petrol dan membakar seorang wanita warga emas di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong, pada 9 Ogos lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 59 tahun yang mengenali mangsa bertindak sedemikian akibat rasa tidak berpuas hati berkaitan isu nombor ramalan.
Beliau menegaskan, suspek dan mangsa sekadar kenalan biasa serta tidak mempunyai sebarang hubungan rapat, sambil meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi liar.
"Siasatan setakat ini menunjukkan motif kejadian berpunca daripada dendam peribadi. Kes sebegini sangat jarang berlaku dan tindakan membakar orang merupakan satu kekerasan yang amat melampau.
"Suspek telah ditahan di sekitar Kepong semalam dan permohonan reman dibuat hari ini bagi membantu melengkapkan siasatan serta mengumpul bahan bukti," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Penahanan suspek terbabit turut disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa selepas lelaki berkenaan diburu selama beberapa hari.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa dilaporkan mengalami luka melecur 50 peratus pada bahagian badan dan kini masih ditidurkan untuk menerima rawatan lanjut di hospital.
Berita berkaitan
August 19, 2026, 6:29 pm
Kisah pengorbanan pekerja pembersihan besarkan 5 anak sentuh hati PM
August 19, 2026, 6:18 pm
Diesel naik 20 sen, RON95 naik 15 sen
August 19, 2026, 6:11 pm
Saifuddin arah Imigresen beri kerjasama penuh siasatan kemalangan maut tiga beranak
August 19, 2026, 6:06 pm
Didakwa terima rasuah, Rafizi ambil tindakan saman Caprice
August 19, 2026, 3:37 pm
MYRIDERID percuma, PERKESO sedia identiti kecemasan digital untuk penunggang motosikal
August 19, 2026, 2:54 pm
Bekas CEO bank pelaburan didakwa tipu RM139.8 juta
August 19, 2026, 2:10 pm
Kes Rocky: Bukan hanya Muhammad Shah akan didakwa esok, ada lagi beberapa pihak termasuk PBT - Polis
August 19, 2026, 1:21 pm
