Berita Berita
Diesel naik 20 sen, RON95 naik 15 sen
PUTRAJAYA, 19 Ogos – Harga runcit bahan api tanpa subsidi bagi tempoh 20 hingga 26 Ogos merekodkan kenaikan merangkumi diesel, RON95 dan RON97 susulan konflik geopolitik yang terus menjejaskan bekalan minyak mentah dunia.
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen daripada RM4.47 kepada RM4.67 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi meningkat 15 sen daripada RM3.62 kepada RM3.77 seliter. Bagi RON97 pula, harga naik 10 sen daripada RM4.15 kepada RM4.25 seliter.
Menurut MOF, krisis berlarutan membabitkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran yang memasuki hari ke-172 telah menyekat laluan di Selat Hormuz, sekali gus memberi tekanan mendadak kepada bekalan petroleum global. Situasi berkenaan turut diburukkan lagi dengan serangan Ukraine ke atas loji penapisan minyak di Rusia.
"Selagi konflik di Asia Barat tidak mencapai penyelesaian dan laluan Selat Hormuz belum pulih, harga produk petroleum dijangka terus mengalami turun naik ketara," kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, kerajaan menegaskan komitmen untuk melindungi rakyat menerusi sistem subsidi bersasar seperti program Budi Madani.
Menerusi inisiatif berkenaan, kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.78 seliter (47 peratus) bagi pengguna RON95 yang layak, manakala RM2.57 seliter (55 peratus) ditanggung bagi penerima subsidi diesel. Kerajaan dalam pada itu turut menyeru orang ramai agar mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.
Berita berkaitan
August 19, 2026, 6:29 pm
Kisah pengorbanan pekerja pembersihan besarkan 5 anak sentuh hati PM
August 19, 2026, 6:11 pm
Saifuddin arah Imigresen beri kerjasama penuh siasatan kemalangan maut tiga beranak
August 19, 2026, 6:06 pm
Didakwa terima rasuah, Rafizi ambil tindakan saman Caprice
August 19, 2026, 3:37 pm
MYRIDERID percuma, PERKESO sedia identiti kecemasan digital untuk penunggang motosikal
August 19, 2026, 2:54 pm
Bekas CEO bank pelaburan didakwa tipu RM139.8 juta
August 19, 2026, 2:10 pm
Kes Rocky: Bukan hanya Muhammad Shah akan didakwa esok, ada lagi beberapa pihak termasuk PBT - Polis
August 19, 2026, 1:38 pm
Dendam isu nombor ramalan motif wanita disimbah petrol, dibakar di Kepong
August 19, 2026, 1:21 pm
