Berita Berita
Kes Keziah Nisha: KPM tak tunggu lama, arah siasatan dalaman babit buli dan perkauman diselesaikan segera
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan Jemaah Nazir, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menyelesaikan segera siasatan dalaman berhubung kes kematian seorang pelajar sekolah menengah di ibu negara baru-baru ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, segala perkara yang menjadi kebimbangan awam termasuk dakwaan berkaitan isu buli dan unsur perkauman perlu dipandang serius serta ditangani berdasarkan fakta dan proses sewajarnya.
"Ingatan dan simpati saya terus bersama keluarga dan warga sekolah rentetan pemergian anakanda kita, pelajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur baru-baru ini.
"KPM (Kementerian Pendidikan) memberi kerjasama penuh kepada pihak polis serta bekerjasama rapat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan perkara ini ditangani secara menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dalam pada itu, Fadhlina berkata, perhatian dan sokongan sewajarnya turut diberikan kepada keluarga, murid, guru serta seluruh warga sekolah yang terkesan akibat kejadian berkenaan.
Menurutnya, pihak keluarga telah diberikan sokongan psikososial oleh pasukan kaunselor KPM, manakala guru-guru diberikan penerangan berkaitan proses siasatan dan perundangan yang sedang berlangsung.
Katanya, kebajikan serta kesejahteraan semua pihak yang terkesan akan terus diberikan perhatian.
"Smart Support Team KPM turut digerakkan bagi memberikan sokongan psikososial serta intervensi krisis kepada murid-murid yang terkesan agar kebajikan dan kesejahteraan emosi mereka terpelihara.
"Keutamaan kita adalah memastikan keadilan kepada semua pihak dan mengambil langkah yang wajar supaya persekitaran pendidikan kekal selamat dan bebas daripada sebarang bentuk salah laku buli serta diskriminasi,” katanya.
Terdahulu, insiden membabitkan kematian seorang pelajar sekolah menengah di ibu negara tular di media sosial sekali gus menimbulkan keresahan awam berhubung dakwaan wujudnya unsur buli dan perkauman di premis pendidikan berkenaan.
Berita berkaitan
August 21, 2026, 11:00 am
SPRM mohon reman bekas CEO Tabung Haji
August 21, 2026, 10:51 am
UiTM henti ambil pelajar antarabangsa Ijazah Sarjana Muda, fokus Bumiputera B40
August 21, 2026, 10:48 am
Jadi lokasi buang bahan binaan dari Singapura, 14 pemilik tanah di Pontian diberi notis
August 21, 2026, 10:07 am
Dua penunggang basikal maut dirempuh kereta di Jalan Persiaran Selatan Putrajaya
August 21, 2026, 9:52 am
Lelaki warga asing didakwa hina Islam di Mahkamah Majistret Johor Bahru
August 21, 2026, 9:51 am
Wanita maut lepas cuba selamatkan ahli keluarga dalam kebakaran di Kota Kinabalu
August 20, 2026, 8:38 pm
