TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jadi lokasi buang bahan binaan dari Singapura, 14 pemilik tanah di Pontian diberi notis

By
|
Kongsi
image

PONTIAN, 21 Ogos – Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) telah mengeluarkan notis kepada 14 pemilik tanah persendirian yang dijadikan lokasi pembuangan dan penambakan sisa bahan binaan dari Singapura di sekitar daerah ini.

Yang Dipertua MPPn, Sulaiman Ismail berkata, susulan tindakan itu, 11 daripada 14 tapak berkenaan telah ditutup dengan pita pelekat kuning dan dipasang notis larangan di laluan masuk bagi menghentikan semua aktiviti penambakan tanah.

Menurut beliau, sebahagian besar lokasi pembuangan dikesan di Mukim Sungai Karang, manakala sebahagian lagi berada di Mukim Pontian, Mukim Jeram Batu/Pengkalan Raja serta Mukim Serkat.

"Tindakan notis dikeluarkan mengikut Seksyen 70A(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). MPPn akan terus memperluas pemantauan dan pengeluaran notis di lokasi lain bagi memastikan aktiviti haram ini tidak berulang," katanya ketika dihubungi semalam.

Langkah penguatkuasaan itu menyusuli tindakan pihak berkuasa Singapura yang telah mengarahkan pemberhentian serta-merta semua penghantaran sisa pembinaan dan perobohan (C&D) ke Malaysia sejak 18 Ogos lalu.

Sementara itu, penduduk sekitar menyambut baik tindakan tegas kedua-dua pihak berkuasa, dengan menyatakan ketiadaan lori keluar masuk pada waktu malam telah mengembalikan ketenteraman kira-kira 2,000 penduduk Mukim Sungai Karang selepas hampir dua tahun berdepan gangguan bunyi, selain mengurangkan impak pencemaran terhadap mata pencarian nelayan di kawasan berhampiran sungai.

+ - reset