TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis siasat cubaan samun bersenjata api di kedai emas Jalan Tengku Kelana

By
|
Kongsi
image

KLANG, 20 Ogos – Polis mengesahkan berlaku satu insiden cubaan samun berkumpulan bersenjatakan senjata api di sebuah kedai emas di Jalan Tengku Kelana, Klang, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan semasa cubaan samun berkumpulan serta Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

"Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung identiti individu yang dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Sulaimi Alawi @ Shaari di talian 014-5719405, Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, premis kedai emas berkenaan dilaporkan menjadi sasaran cubaan rompakan oleh sekumpulan empat lelaki yang menaiki motosikal.

+ - reset