Berita Berita
Polis buru geng motosikal tutup laluan Lebuhraya Linkedua untuk lumba haram di Kulai
KULAI 23 Ogos – Polis sedang memburu beberapa individu yang dipercayai menutup laluan di Lebuhraya Linkedua bagi memberi ruang kepada penunggang motosikal berlumba sesama sendiri dalam aksi samseng jalanan yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya mengesan video kejadian yang dimuat naik di laman Facebook pada petang Sabtu.
Menurutnya, video berkenaan memaparkan dua motosikal yang nombor pendaftaran dan jenisnya tidak dapat dikenal pasti, bersaing sesama sendiri dari Kilometer (KM) 33, susur Tol Senai Utara hingga KM31, susur Johor Premium Outlet (JPO).
“Susulan penyebaran video tersebut, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti penunggang motosikal yang terlibat.
“Individu lain yang dipercayai berada di lokasi kejadian dan menyaksikan perbuatan tersebut dari tepi lebuh raya juga sedang dikesan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507.
Sebelum itu, tular video berdurasi 33 saat memaparkan tindakan sekumpulan individu yang dipercayai terlibat dalam perlumbaan haram dengan membuat sekatan terhadap pengguna lebuh raya lain, dipercayai pada awal pagi.
Tindakan berkenaan mengundang kecaman orang ramai serta rasa tidak puas hati terhadap kumpulan terbabit yang didakwa menyusahkan pengguna jalan raya lain.
Berita berkaitan
August 23, 2026, 9:57 pm
Baru kehilangan anak Februari lalu, suami Amyza Aznan kini kritikal dan ditidurkan
August 23, 2026, 9:28 pm
Lebih 10 tahun dalami Islam, ADUN Pitas bersama isteri dan anak akhirnya peluk Islam
August 23, 2026, 9:21 pm
Hilang ketika program tahfiz, kanak-kanak 11 tahun ditemui lemas dalam kolam
August 23, 2026, 6:36 pm
Anwar lulus tambahan RM1 juta untuk bina krematorium Hindu moden di Bagan
August 23, 2026, 12:45 pm
15 jam bertarung nyawa, anggota APM Temerloh meninggal dunia dipatuk kobra ketika demonstrasi
August 22, 2026, 8:32 pm
