Berita Berita
JKPP Pulau Pinang siasat bagaimana pekerja boleh maut selepas jatuh dari ketinggian 63cm ketika selenggara menara telekomunikasi
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang melengkapkan siasatan berhubung kematian seorang pekerja yang terbabit dalam kemalangan ketika melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah menara telekomunikasi di Kampung Juru, Simpang Ampat, pada 11 Julai lalu.
Pejabat Pengarah JKKP Pulau Pinang dalam kenyataannya hari ini memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang apabila mangsa dipercayai melalui sebuah alas tiang menara telekomunikasi sebelum terjatuh ketika menuruni struktur berkenaan dari ketinggian sekitar 63 sentimeter (cm).
Menurut kenyataan itu, susulan siasatan yang dijalankan, JKKP Pulau Pinang mengeluarkan Surat Arahan kepada pihak berkaitan supaya mengemukakan dokumen dan maklumat berhubung kemalangan berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut.
“JKKP Pulau Pinang memandang serius setiap kejadian kemalangan di tempat kerja. Majikan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja semasa bekerja, di samping memastikan tempat kerja serta akses keluar masuk ke kawasan kerja berada dalam keadaan selamat.
“Dalam pada itu, majikan juga perlu menjalankan pentaksiran risiko terhadap aktiviti kerja, memastikan laluan dan kawasan kerja disenggara dengan baik, bebas daripada halangan atau bahaya, serta menyediakan sistem kerja selamat dan langkah kawalan risiko yang bersesuaian,” katanya.
Kes disiasat mengikut peruntukan Seksyen 15(1), Seksyen 17(1) dan Seksyen 18B Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, serta peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan.
Berita berkaitan
August 23, 2026, 9:57 pm
Baru kehilangan anak Februari lalu, suami Amyza Aznan kini kritikal dan ditidurkan
August 23, 2026, 9:28 pm
Lebih 10 tahun dalami Islam, ADUN Pitas bersama isteri dan anak akhirnya peluk Islam
August 23, 2026, 9:21 pm
Hilang ketika program tahfiz, kanak-kanak 11 tahun ditemui lemas dalam kolam
August 23, 2026, 6:36 pm
Anwar lulus tambahan RM1 juta untuk bina krematorium Hindu moden di Bagan
August 23, 2026, 12:45 pm
15 jam bertarung nyawa, anggota APM Temerloh meninggal dunia dipatuk kobra ketika demonstrasi
August 23, 2026, 11:00 am
Polis buru geng motosikal tutup laluan Lebuhraya Linkedua untuk lumba haram di Kulai
August 22, 2026, 8:32 pm
