Berita Berita
Lebih 10 tahun dalami Islam, ADUN Pitas bersama isteri dan anak akhirnya peluk Islam
PITAS 23 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah bersama isteri dan anaknya secara rasmi memeluk Islam selepas melafazkan dua kalimah syahadah di kediaman mereka di Kampung Salimpodon Laut, di sini, pada Ahad.
Lafaz dua kalimah syahadah itu dibimbing Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dan disaksikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Exco Agama Islam negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.
Ruddy bersama isterinya, Datin Seri Asiah Udin dan anak mereka, Aswady terlebih dahulu melafazkan dua kalimah syahadah secara bersama-sama sebelum mengulanginya secara bergilir-gilir, diikuti bacaan pengertiannya dalam bahasa Melayu.
Majlis kemudian diteruskan dengan laungan azan dan bacaan ayat suci al-Quran sebelum diakhiri dengan selawat serta kenduri kesyukuran.
Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta barisan menteri dan pembantu Kabinet negeri.
Sebelum ini, Ruddy yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah dilaporkan sudah lebih 10 tahun mendekati serta mendalami Islam sebelum mengambil keputusan memeluk agama itu atas keikhlasan hati tanpa sebarang paksaan.
Berita berkaitan
August 23, 2026, 9:57 pm
Baru kehilangan anak Februari lalu, suami Amyza Aznan kini kritikal dan ditidurkan
August 23, 2026, 9:21 pm
Hilang ketika program tahfiz, kanak-kanak 11 tahun ditemui lemas dalam kolam
August 23, 2026, 6:36 pm
Anwar lulus tambahan RM1 juta untuk bina krematorium Hindu moden di Bagan
August 23, 2026, 12:45 pm
15 jam bertarung nyawa, anggota APM Temerloh meninggal dunia dipatuk kobra ketika demonstrasi
August 23, 2026, 11:00 am
Polis buru geng motosikal tutup laluan Lebuhraya Linkedua untuk lumba haram di Kulai
August 22, 2026, 8:32 pm
