Berita Berita
Baru kehilangan anak Februari lalu, suami Amyza Aznan kini kritikal dan ditidurkan
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Pelakon Amyza Aznan, 50, berkongsi khabar duka apabila suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir kini berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Amyza memaklumkan perkara itu menerusi akaun media sosialnya.
“Assalamualaikum. Suami saya Khairil Izhar Mohd Nazir berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur. Segala urusan boleh hubungi pegawai perhubungan awam saya,” tulisnya.
Sebelum itu, peserta Kilauan Emas Selebriti berkenaan turut berkongsi foto suaminya yang dipercayai berada di dalam ambulans.
Dalam foto tersebut, Khairil dilihat memakai alat bantuan pernafasan dan masih sempat membuat isyarat tangan ‘peace’.
Terdahulu, media melaporkan Khairil pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Disember 2017 akibat serangan jantung.
Pada Disember 2023 pula, Khairil pernah ditidurkan akibat mengalami sesak nafas sebelum kembali sedar selepas dua hari.
Pasangan itu sebelum ini turut berdepan kehilangan anak sulung mereka, Andre Mikhail yang meninggal dunia pada 23 Februari lalu akibat kanser paru-paru tahap tiga.
Berita berkaitan
August 23, 2026, 9:28 pm
Lebih 10 tahun dalami Islam, ADUN Pitas bersama isteri dan anak akhirnya peluk Islam
August 23, 2026, 9:21 pm
Hilang ketika program tahfiz, kanak-kanak 11 tahun ditemui lemas dalam kolam
August 23, 2026, 6:36 pm
Anwar lulus tambahan RM1 juta untuk bina krematorium Hindu moden di Bagan
August 23, 2026, 12:45 pm
15 jam bertarung nyawa, anggota APM Temerloh meninggal dunia dipatuk kobra ketika demonstrasi
August 23, 2026, 11:00 am
Polis buru geng motosikal tutup laluan Lebuhraya Linkedua untuk lumba haram di Kulai
August 22, 2026, 8:32 pm
