TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Merajuk ibu marah keluar dengan teman lelaki, remaja 15 tahun ditemui pengsan tepi jalan selepas berjalan 4km

By
|
Kongsi
image

 

MACHANG 23 Ogos – Gara-gara dimarahi ibunya selepas keluar makan bersama teman lelaki, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun berjalan kaki kira-kira empat kilometer sebelum ditemui terbaring keletihan di Jalan Kemuning di sini, Khamis lalu.

Remaja itu ditemui orang awam di tepi jalan kira-kira pukul 11.30 malam sebelum kejadian tersebut dimaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Azuhar Md. Nor berkata, siasatan awal mendapati remaja terbabit berjalan kaki sejauh kira-kira empat kilometer selepas keluar dari rumahnya di Kok Lanas, Ketereh kira-kira pukul 9 malam.

Katanya, remaja itu dipercayai keluar dari rumah tanpa kebenaran keluarga sebelum berjalan kaki sehingga ke Kem Desa Pahlawan, Bukit Cina dekat Kok Lanas.

“Di situ, remaja berkenaan menahan seorang penunggang motosikal yang tidak dikenalinya sebelum meminta untuk diturunkan di tepi Jalan Kemuning.

“Mangsa yang berpakaian lengkap mengalami keletihan dan pengsan di lokasi kejadian sebelum ditemui oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Azuhar berkata, remaja terbabit dikatakan keluar rumah tanpa kebenaran dengan tujuan melarikan diri sebelum menumpang motosikal seorang lelaki.

Beliau turut menegaskan tiada asas untuk menyatakan bahawa remaja berkenaan dibuang atau ditinggalkan di tepi jalan oleh mana-mana pihak.

Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Machang sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan keadaannya dilaporkan stabil.

+ - reset