Berita Berita
Dr Solehah Yaacob cabar penamatan perkhidmatan oleh UIAM di Mahkamah Perusahaan
KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Bekas kakitangan akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Solehah Yaacob mengesahkan bakal mencabar tindakan penamatan perkhidmatannya oleh universiti berkenaan di Mahkamah Perusahaan.
Beliau mendakwa pihak UIAM bersikap tidak profesional dalam membuat keputusan penamatan jawatannya yang berkuat kuasa secara serta-merta tanpa ruang untuk mengemukakan rayuan.
"Saya ditamatkan perkhidmatan dalam tempoh 24 jam dan tidak dibenarkan membuat rayuan. UIAM menawarkan bayaran pampasan bersamaan enam bulan gaji, tetapi saya menolaknya," katanya ketika dipetik FMT.
Menurutnya, tindakan penamatan tersebut dilihat tidak wajar khususnya selepas beliau menerima anugerah Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sehari sebelum keputusan itu dikeluarkan.
Terdahulu, Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi (OCAP) UIAM dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa perkhidmatan Solehah sebagai kakitangan akademik telah tamat berkuat kuasa 27 April lalu, sekali gus beliau tidak lagi memegang jawatan profesor atau mewakili universiti itu dalam sebarang kapasiti.
Nama Solehah sebelum ini menjadi tumpuan susulan beberapa pandangan kontroversi berkaitan sejarah dan tamadun Melayu yang dikemukakannya kepada umum.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 10:05 am
Ahmad Fadhli sindir lelongan gambar pemimpin PH cecah RM500,000 susulan isu tongkat Hadi
August 24, 2026, 9:47 am
Tongkat Abdul Hadi dilelong RM16,500 rai dana jentera pilihan raya Pas
August 24, 2026, 8:43 am
Isu PTPTN, keluarga turut jadi sasaran kecaman, Adam Adli akui kritikan ‘sakit’ untuk ditanggung
August 23, 2026, 9:57 pm
Baru kehilangan anak Februari lalu, suami Amyza Aznan kini kritikal dan ditidurkan
August 23, 2026, 9:28 pm
