TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tongkat Abdul Hadi dilelong RM16,500 rai dana jentera pilihan raya Pas

By
|
Kongsi
image

AYER KEROH, 24 Ogos – Sebatang tongkat kayu kemuning milik Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berjaya dilelong pada harga RM16,500 dalam satu acara lelongan sempena Majlis Makan Malam Amal Pas Melaka, di sini.

Tongkat yang diukir dengan huruf singkatan 'TGHH' (Tuan Guru Haji Hadi) itu dilelong bagi mengumpul dana jentera parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bidaan yang bermula daripada harga RM2,500 itu akhirnya dimenangi oleh Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Lembah Pantai yang juga bekas pendaki Gunung Everest negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Tongkat berkenaan kemudiannya diserahkan sendiri oleh Abdul Hadi kepada Muhamad Muqharabbin.

Muhamad Muqharabbin, yang pernah mencipta rekod sebagai pendaki Everest termuda Asia Tenggara, sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai dan Exco Pemuda UMNO, sebelum menyertai Bersatu sebagai Ketua Bahagian Lembah Pantai dan seterusnya menyertai Pas pada Jun lalu.

+ - reset