Berita Berita
Ahmad Fadhli sindir lelongan gambar pemimpin PH cecah RM500,000 susulan isu tongkat Hadi
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir nilai bidaan gambar pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mencecah RM500,000 sewaktu gabungan itu mentadbir kerajaan, susulan reaksi pelbagai pihak terhadap acara lelongan tongkat Presiden Pas baru-baru ini.
Beliau berkata, nilai lelongan gambar pemimpin PH berkenaan wajar dinilai semula sekiranya dibuat ketika gabungan itu berada di blok pembangkang bagi melihat sejauh mana sambutan yang diterima.
"Gambar pemimpin PH itu dilelong ketika PH menjadi kerajaan. Nanti apabila menjadi pembangkang kelak, cuba lelong sekali lagi untuk melihat nilainya," katanya menerusi satu hantaran di media sosial.
Kenyataan itu merujuk kepada isu tular bidaan sebatang tongkat milik Tan Sri Abdul Hadi Awang yang berjaya dilelong pada harga RM16,500 sempena majlis makan malam amal Pas di Melaka bagi mengisi tabung jentera pilihan raya parti.
Ahmad Fadhli menyifatkan nilai RM16,500 bagi tongkat tersebut sebagai munasabah, selain menepis dakwaan kononnya acara berkenaan bertujuan 'mengkeramatkan' barangan pemimpin.
Sebagai rekod pada 2018, sekeping gambar sidang media pertama pimpinan PH selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pernah dilelong pada harga RM500,000 dalam satu majlis makan malam amal di Putrajaya, yang secara keseluruhannya mengumpul kutipan bidaan RM1.22 juta bagi enam keping gambar.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 9:47 am
Tongkat Abdul Hadi dilelong RM16,500 rai dana jentera pilihan raya Pas
August 24, 2026, 9:14 am
Dr Solehah Yaacob cabar penamatan perkhidmatan oleh UIAM di Mahkamah Perusahaan
August 24, 2026, 8:43 am
Isu PTPTN, keluarga turut jadi sasaran kecaman, Adam Adli akui kritikan ‘sakit’ untuk ditanggung
August 23, 2026, 9:57 pm
Baru kehilangan anak Februari lalu, suami Amyza Aznan kini kritikal dan ditidurkan
August 23, 2026, 9:28 pm
