TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KJ fail tindakan sivil tuntut MYNIC dedah identiti pemilik portal berita

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan tindakan sivil terhadap agensi pendaftar domain negara, MYNIC Berhad bagi mengenal pasti identiti pemilik sebuah portal berita serta penulis artikel yang didakwa memfitnahnya.

Permohonan berkenaan dibuat berikutan penerbitan artikel berunsur fitnah bertajuk '10 reasons Why KJ isn't PM material, Malaysians must carefully examine his past track record' yang disiarkan di laman web focusmalaysia.my bertarikh 10 Mac lalu di bawah nama samaran 'pemerhati rasuah'.

Menerusi tindakan mahkamah itu, Khairy memohon pendedahan maklumat peribadi pemilik berdaftar domain berkenaan seperti nombor kad pengenalan atau pendaftaran syarikat, alamat, e-mel, nombor telefon, rekod pendaftaran asal serta dokumen hubungan pentadbiran dan teknikal.

Tindakan itu diambil selepas syarikat Focus Malaysia Sdn Bhd menafikan pemilikan ke atas laman web terbabit melalui surat jawapan tuntutan peguam Khairy, dengan alasan perniagaan portal berkenaan telah dilupuskan sejak 2018.

Menerusi afidavit jawapannya, MYNIC mengesahkan mempunyai rekod butiran pemilik berdaftar domain itu dan tidak mempunyai halangan untuk mendedahkannya sekiranya mendapat perintah mahkamah.

MYNIC turut mengesahkan bahawa entiti yang berdaftar sebagai pemilik domain pada 10 Mac lalu kekal sebagai pemilik sehingga kini tanpa sebarang rekod pertukaran pemilikan dikesan.

Bagaimanapun, agensi berkenaan membantah permohonan pendedahan dokumen komunikasi internal atas alasan tidak berkaitan dengan prosiding saman fitnah terbabit, selain menegaskan kedudukannya sebagai pihak ketiga yang tidak bersalah.

+ - reset