Berita Berita
Pemandu BMW maut, dua cedera kemalangan babit tiga kereta di Perai
SEBERANG PERAI, 26 Ogos – Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta serta seorang pejalan kaki berhampiran Masjid Jalan Baru, Taman Pauh, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.31 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai tiba di lokasi sembilan minit kemudian.
"Kemalangan menyebab pemandu dan penumpang sebuah kereta jenis BMW tersepit di dalam kenderaan, manakala dua lagi kenderaan iaitu Perodua Myvi dan Proton Persona ditemui di bahu jalan tanpa pemandu di lokasi kejadian.
"Pemandu BMW, Muhammad Faizwan Noor Salihi, 29, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau menambah, penumpang kenderaan berkenaan bersama seorang pejalan kaki yang mengalami kecederaan telah diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Seberang Jaya menggunakan ambulans bagi menerima rawatan susulan.
Berita berkaitan
August 26, 2026, 12:31 pm
Perlumbaan haram di Lebuhraya Linkedua: Joki, dua penonton ditahan di Sentul
August 26, 2026, 12:30 pm
'Jangan lupakan kami' - Puluhan ribu Rohingya tuntut keadilan, mahu kehidupan bermaruah
August 26, 2026, 12:03 pm
Sultan Selangor ingatkan pemimpin, ahli politik elak guna perbezaan pecah belahkan rakyat
August 26, 2026, 11:53 am
'Orang Melayu terancam sebab mereka miskin, terlibat dadah, bukan sebab kaum lain' - Saifuddin
August 26, 2026, 11:34 am
Bapa dan anak maut ditemukan berpelukan dalam rumah terbakar di Kuala Nerus
August 26, 2026, 11:20 am
Pergerakan di ICQS Rantau Panjang merosot susulan insiden keganasan Selatan Thailand
August 26, 2026, 11:15 am
Lelaki dicekup disyaki curi tabung tiga masjid di Pasir Mas
August 26, 2026, 11:07 am
KJ fail tindakan sivil tuntut MYNIC dedah identiti pemilik portal berita
August 26, 2026, 10:39 am
