TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Perlumbaan haram di Lebuhraya Linkedua: Joki, dua penonton ditahan di Sentul

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Polis mengesahkan tiga lelaki tempatan termasuk seorang penunggang motosikal yang bertindak sebagai 'joki' ditahan berhubung kes perlumbaan haram yang tular di Lebuhraya Linkedua, Johor.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan oleh Unit Risikan/Operasi JSPT kira-kira jam 1.30 pagi tadi di kawasan parkir sebuah kondominium di Sentul.

"Semasa operasi dijalankan, kesemua suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan. Seorang daripada mereka dipercayai bertindak sebagai penunggang motosikal perlumbaan, manakala dua lagi merupakan penonton," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek telah dibawa ke Balai Trafik Kulai, Johor untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) dan Seksyen 81(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penahanan terbaharu itu menyusuli tindakan Polis Johor sebelum ini yang menahan lapan individu termasuk seorang pempengaruh permotoran bagi membantu siasatan berhubung rakaman video berdurasi 33 saat yang memaparkan aksi perlumbaan haram serta tindakan beberapa individu melencongkan kenderaan bagi 'menutup' lebuh raya berkenaan.

+ - reset