Berita Berita
Lelaki dicekup disyaki curi tabung tiga masjid di Pasir Mas
PASIR MAS, 26 Ogos – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri tabung derma di tiga buah masjid sekitar daerah ini yang melibat anggaran kerugian sebanyak RM3,000.
Suspek berusia 36 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di hadapan sebuah kedai makan di Kampung Dangar, kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, susulan penahanan itu polis merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Avantiz, topi keledar, kunci motosikal, pakaian, spanar besi, tiga buah tabung serta wang tunai berjumlah RM40.
"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah dan dua rekod jenayah, selain ujian saringan air kencing mengesahkan lelaki itu positif dadah jenis metamfetamina.
"Penahanan suspek berjaya menyelesaikan tiga kes kecurian tabung masjid yang dilaporkan di daerah Pasir Mas," katanya.
Beliau menambah, suspek kini direman selama empat hari bermula semalam hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencuri dalam bangunan.
Berita berkaitan
August 26, 2026, 12:31 pm
Perlumbaan haram di Lebuhraya Linkedua: Joki, dua penonton ditahan di Sentul
August 26, 2026, 12:30 pm
'Jangan lupakan kami' - Puluhan ribu Rohingya tuntut keadilan, mahu kehidupan bermaruah
August 26, 2026, 12:25 pm
Pemandu BMW maut, dua cedera kemalangan babit tiga kereta di Perai
August 26, 2026, 12:03 pm
Sultan Selangor ingatkan pemimpin, ahli politik elak guna perbezaan pecah belahkan rakyat
August 26, 2026, 11:53 am
'Orang Melayu terancam sebab mereka miskin, terlibat dadah, bukan sebab kaum lain' - Saifuddin
August 26, 2026, 11:34 am
Bapa dan anak maut ditemukan berpelukan dalam rumah terbakar di Kuala Nerus
August 26, 2026, 11:20 am
Pergerakan di ICQS Rantau Panjang merosot susulan insiden keganasan Selatan Thailand
August 26, 2026, 11:07 am
KJ fail tindakan sivil tuntut MYNIC dedah identiti pemilik portal berita
August 26, 2026, 10:39 am
