Berita Berita
Bukan sekadar aksi, lumba haram Linkedua rupanya libatkan taruhan RM15,000 - Polis
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Perlumbaan haram di Lebuhraya Linkedua, Johor yang tular baru-baru ini dipercayai bukan sekadar aksi berbahaya di jalan raya, malah membabitkan wang pertaruhan berjumlah RM15,000.
Ketua Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, perkara itu diperoleh hasil soal siasat terhadap suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kejadian berkenaan.
“Hasil soal siasat suspek, lumba haram ini membabitkan wang pertaruhan RM15,000,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.
Terdahulu, polis mengesahkan tiga individu ditahan bagi membantu siasatan video tular perlumbaan haram di Lebuhraya Linkedua, Johor, membabitkan seorang ‘joki’ dan dua penonton.
Pada 23 Ogos lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata, lapan lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 45 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu ditahan polis pada jam 11.54 pagi, Ahad lalu.
Kelmarin, semua tangkapan termasuk seorang pempengaruh permotoran direman empat hari oleh Mahkamah Kulai bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Video tular berdurasi 33 saat itu memaparkan aksi dua penunggang motosikal berlumba secara haram di lebuh raya berkenaan kira-kira jam 7 pagi.
Kejadian itu dipercayai berlaku dari Kilometer 33, Susur Tol Senai hingga Kilometer 31, Susur Johor Premium Outlet (JPO).
Rakaman berkenaan turut memaparkan beberapa individu bertindak ‘menutup’ jalan di lebuh raya terbabit bagi memberi laluan kepada perlumbaan.
Suspek turut membakar mercun sebagai meraikan tamatnya perlumbaan, selain beberapa individu termasuk pempengaruh berkenaan dilihat berada di bahu jalan selepas perlumbaan itu berakhir.
Berita berkaitan
August 26, 2026, 7:37 pm
'Malaysia ada potensi perkukuh agro makanan, perlu berani belajar daripada China' - Mat Sabu
August 26, 2026, 6:12 pm
Elak 'budaya selesa', Malaysia perlu dipacu lebih pantas dan berani - PMX
August 26, 2026, 6:04 pm
Jerebu: Sarawak, Lembah Klang antara 11 kawasan catat IPU tidak sihat
August 26, 2026, 5:59 pm
Kemalangan roller coaster Subang Jaya: Majikan taman tema berdepan tindakan jika cuai
August 26, 2026, 5:38 pm
Hilang di Pulau Pinang, guru KAFA ditemui selamat di Kedah selepas 4 hari gagal dihubungi
August 26, 2026, 5:22 pm
Pemandu teksi dipenjara 6 tahun, rempuh Rohingya hingga mati kerana tak cukup duit tambang
August 26, 2026, 3:54 pm
‘Anwar kalau lulus judi di Kedah, hang memang celaka, pelaq’
August 26, 2026, 3:02 pm
