TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Elak 'budaya selesa', Malaysia perlu dipacu lebih pantas dan berani - PMX

By
|
Kongsi
image

CYBERJAYA, 26 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak supaya tidak terperangkap dalam budaya selesa (culture of contentment) dan berpuas hati dengan pencapaian sedia ada hingga membiarkan kelemahan serta kemunduran berterusan.

Beliau menegaskan, Malaysia perlu terus dipacu dengan lebih pantas dan berani bagi memastikan kemajuan negara sentiasa ke hadapan seiring dengan perubahan zaman.

"Malaysia mesti berhasil dan berjaya. Syaratnya, tiada negara yang boleh terangkat martabatnya jika mengekalkan situasi lama yang lembap, malas dan penuh dengan kebobrokan sistem," katanya ketika berucap pada majlis peluncuran sambutan Ulang Tahun ke-80 Universiti Multimedia (MMU) di sini, hari ini.

Anwar turut mengetengahkan sikap mengambil mudah terhadap kerugian besar yang dialami sesebuah syarikat atau agensi kerajaan sebagai contoh budaya selesa yang merosakkan kestabilan serta daya saing negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata perkembangan teknologi pesat menuntut negara menguasai bidang digital, kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran kuantum, selain memuji Telekom Malaysia (TM) dan MMU atas komitmen proaktif menyokong agenda transformasi digital nasional.

+ - reset