Berita Berita
Jerebu: Sarawak, Lembah Klang antara 11 kawasan catat IPU tidak sihat
KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Sebanyak 11 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat setakat jam 5 petang ini, mengikut data terbaharu Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS).
Kawasan yang terjejas melibatkan lima negeri dengan Sarawak kekal merakamkan bilangan lokasi tertinggi iaitu IPD Serian (165), Samarahan (164), Sri Aman (162) dan Kuching (104).
Kuala Lumpur turut mencatatkan bacaan tidak sihat di Cheras (157) serta Batu Muda (145), manakala Negeri Sembilan melibatkan kawasan Nilai (157) dan Seremban (152).
Bagi Selangor, dua kawasan yang terjejas ialah Shah Alam (154) dan Johan Setia (153), sementara Putrajaya merakamkan bacaan IPU pada paras 153.
Laporan Jabatan Alam Sekitar itu turut mengesahkan empat kawasan berada pada tahap baik iaitu Tanah Merah (Kelantan), Sandakan (Sabah), Kangar (Perlis) dan Langkawi (Kedah), manakala 52 kawasan lain mencatatkan kualiti udara pada tahap sederhana.
Berita berkaitan
August 26, 2026, 7:37 pm
'Malaysia ada potensi perkukuh agro makanan, perlu berani belajar daripada China' - Mat Sabu
August 26, 2026, 6:12 pm
Elak 'budaya selesa', Malaysia perlu dipacu lebih pantas dan berani - PMX
August 26, 2026, 5:59 pm
Kemalangan roller coaster Subang Jaya: Majikan taman tema berdepan tindakan jika cuai
August 26, 2026, 5:38 pm
Hilang di Pulau Pinang, guru KAFA ditemui selamat di Kedah selepas 4 hari gagal dihubungi
August 26, 2026, 5:22 pm
Pemandu teksi dipenjara 6 tahun, rempuh Rohingya hingga mati kerana tak cukup duit tambang
August 26, 2026, 5:09 pm
Bukan sekadar aksi, lumba haram Linkedua rupanya libatkan taruhan RM15,000 - Polis
August 26, 2026, 3:54 pm
‘Anwar kalau lulus judi di Kedah, hang memang celaka, pelaq’
August 26, 2026, 3:02 pm
