Berita Berita
Hilang di Pulau Pinang, guru KAFA ditemui selamat di Kedah selepas 4 hari gagal dihubungi
BAYAN LEPAS 26 Ogos – Seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, ditemukan selamat di sebuah rumah di Kampung Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah, hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, Mohamad Hijazi Zamri, 26, berjaya dikesan hasil tindakan dan siasatan lanjut yang dijalankan pihak polis.
“Lelaki berkenaan ditemukan di sebuah rumah di alamat berkenaan dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.
“Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Lepas bagi tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya dalam kenyataan media di sini.
Tambah Anuwal, polis merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang turut membantu usaha mengesan lelaki berkenaan sehingga berjaya ditemukan.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian berkenaan,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas keluar dari rumah mereka di Sungai Ara di sini.
Sebelum itu, lelaki berkenaan meminta izin ibunya untuk ke Surau Al-Muttaqin di Lilitan Sungai Ara dengan menaiki motosikal.
Bagaimanapun, keluarga gagal menghubunginya sebelum membuat laporan polis keesokan hari.
Berita berkaitan
August 26, 2026, 7:37 pm
'Malaysia ada potensi perkukuh agro makanan, perlu berani belajar daripada China' - Mat Sabu
August 26, 2026, 6:12 pm
Elak 'budaya selesa', Malaysia perlu dipacu lebih pantas dan berani - PMX
August 26, 2026, 6:04 pm
Jerebu: Sarawak, Lembah Klang antara 11 kawasan catat IPU tidak sihat
August 26, 2026, 5:59 pm
Kemalangan roller coaster Subang Jaya: Majikan taman tema berdepan tindakan jika cuai
August 26, 2026, 5:22 pm
Pemandu teksi dipenjara 6 tahun, rempuh Rohingya hingga mati kerana tak cukup duit tambang
August 26, 2026, 5:09 pm
Bukan sekadar aksi, lumba haram Linkedua rupanya libatkan taruhan RM15,000 - Polis
August 26, 2026, 3:54 pm
‘Anwar kalau lulus judi di Kedah, hang memang celaka, pelaq’
August 26, 2026, 3:02 pm
