Berita Berita
Banjir Nepal: 17 pelancong Malaysia terputus hubungan berhampiran sempadan China
KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Seramai 17 rakyat Malaysia yang menyertai pakej pelancongan Fishtail Tours & Travels masih gagal dihubungi selepas terperangkap dalam bencana banjir dahsyat di daerah Rasuwa, Nepal.
Wakil agensi pelancongan berkenaan, Roshan Panday memaklumkan kumpulan itu bergerak bersama menggunakan enam buah kenderaan dan kali terakhir diketahui berada berhampiran kawasan Timure, berdekatan sempadan Nepal-China.
"Pihak kami kali terakhir berhubung dengan salah seorang ahli kumpulan berkenaan pada jam 8.18 pagi waktu tempatan (10.18 pagi waktu Malaysia) ketika mereka dalam perjalanan menghampiri sempadan," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa kegagalan perhubungan adalah berpunca daripada kerosakan teruk laluan perhubungan darat yang dihanyutkan banjir, sekali gus menyukarkan sebarang akses fizikal ke lokasi terjejas.
Ekoran kerosakan infrastruktur jalan raya yang dijangka mengambil masa setahun untuk dibaik pulih, pihak agensi bersama pihak berkuasa tempatan terpaksa mengendalikan operasi mengesan dan mencari menggunakan akses udara menerusi helikopter serta dron.
Berita berkaitan
August 27, 2026, 12:56 pm
"Ada orang jemput ke?" - Anwar tidak maklum pelawaan Azmin sertai semula PKR
August 27, 2026, 12:47 pm
Wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan warga emas di rumah kampung
August 27, 2026, 12:39 pm
Salah cetak bintang Jalur Gemilang, Mydin henti jualan tudung serta-merta
August 27, 2026, 12:33 pm
Pemandu tertidur dan tiada lesen, wanita maut Proton Saga terbabas di Tawau
August 27, 2026, 12:07 pm
Ismail Sabri dapat ikat jamin RM300,000, pasport tidak diserah
August 27, 2026, 11:44 am
'Malaysia rumah kita' – Mohamed Khaled gesa rakyat jangan boikot Merdeka hanya kerana isu Rohingya
August 27, 2026, 11:10 am
