Berita Berita
"Ada orang jemput ke?" - Anwar tidak maklum pelawaan Azmin sertai semula PKR
KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai sebarang pelawaan kepada bekas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk kembali menyertai PKR.
"Ada orang jemput ke? Ada pelawaan? Saya tidak dimaklumkan," kata Perdana Menteri ringkas ketika ditemui media selepas merasmikan Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Kebangsaan (NICE) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.
Kenyataan itu bagi merespons laporan berhubung ketetapan Mohamed Azmin yang kini Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang menegaskan tidak akan sesekali kembali ke pangkuan PKR meskipun didakwa terdapat pelawaan kepada bekas ahli.
Isu penyertaan semula bekas pemimpin PKR kembali bertiup kencang susulan pengesahan bekas Naib Presiden, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang menyertai semula parti itu, selain desas-desus membabitkan bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar dan bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman.
Berita berkaitan
August 27, 2026, 1:54 pm
KJ buka ‘jalan baharu’, lancar firma penasihat ketika PRU16 semakin menghampiri
August 27, 2026, 1:36 pm
Kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka diputus sebelum 16 September
August 27, 2026, 1:36 pm
Hanya tunggu 'green light' kerajaan, ATM bersedia bantu Nepal – Mohamed Khaled
August 27, 2026, 12:47 pm
Wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan warga emas di rumah kampung
August 27, 2026, 12:39 pm
Salah cetak bintang Jalur Gemilang, Mydin henti jualan tudung serta-merta
August 27, 2026, 12:33 pm
Pemandu tertidur dan tiada lesen, wanita maut Proton Saga terbabas di Tawau
August 27, 2026, 12:29 pm
Banjir Nepal: 17 pelancong Malaysia terputus hubungan berhampiran sempadan China
August 27, 2026, 12:07 pm
