TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemandu tertidur dan tiada lesen, wanita maut Proton Saga terbabas di Tawau

By
|
Kongsi
image

TAWAU, 27 Ogos – Seorang wanita warga Indonesia maut selepas kenderaan jenis Proton Saga yang dinaikinya terbabas, melanggar pokok dan terbalik ke dalam parit di Batu 16, Jalan Apas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Assistant Commissioner Rosdi Mat Jusoh berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 3.26 petang ketika kenderaan dalam perjalanan dari Semporna menuju ke Tawau.

"Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan, iaitu wanita warga Indonesia berusia 26 tahun dipercayai tertidur semasa memandu menyebabkan kereta hilang kawalan lalu melanggar pokok dan terbalik.

"Rakan pemandu berusia 24 tahun tercampak keluar dari kenderaan dan mengalami kecederaan parah di bahagian muka, badan serta dada," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Tawau, namun penumpang terbabit disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 malam.

Rosdi menambah, pemandu terbabit didapati tidak mempunyai lesen memandu yang sah manakala kenderaan yang dinaiki adalah milik rakan mereka. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

+ - reset