Berita Berita
'Lulus ya cikgu' - Guru minta kayu baiki titi untuk pelajar ke sekolah, Fadhlina 'on the spot' luluskan RM150,000
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Tidak sampai sehari permintaan dikemukakan, seorang guru menerima khabar gembira apabila Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek meluluskan RM150,000 bagi membina laluan baharu untuk memudahkan perjalanan anak murid ke sekolah.
Peruntukan itu diluluskan selepas guru berkenaan berkongsi keadaan titi yang digunakan pelajar setiap pagi, terutama ketika air surut menyebabkan bot yang disediakan tidak dapat sampai ke tebing.
"Salam Dato’ Seri, ini laluan anak murid saya setiap pagi nak pergi sekolah. Boleh Datuk Seri belanja kayu tak? Saya nak murnikan laluan titi ni," tulisnya ringkas.
Dalam perkongsian sama, guru berkenaan turut meminta orang ramai supaya tidak menyalahkan Fadhlina atau pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kerana bantuan bot dan enjin sebenarnya sudah disediakan untuk kegunaan pelajar.
Bagaimanapun, keadaan air surut menyebabkan bot tidak dapat melalui kawasan tebing sungai, sekali gus menyukarkan perjalanan pelajar ke sekolah.
"Jangan kecam Datuk Seri. Sudah ada bantuan bot dan enjin untuk kegunaan pelajar seberang tasik, tapi bila air surut bot tak lepas sampai ke tebing.
"Memang perlu buat titi. Sebelum ni cikgu-cikgu dah buat titi tapi daif sikit la rupa dia. Kalau Datuk Seri sedar posting (Thread) ini boleh la belanja kayu untuk buat titi lawa lagi.
"Tiada niat nak cari salah sesiapa pun. Ini adalah fakta. Isnin tempoh hari, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) baru sahaja melawat kami di pendalaman ini," tulisnya.
Permintaan itu kemudian mendapat maklum balas Fadhlina yang memaklumkan beliau sudah membuat semakan dengan JPN Pahang mengenai keperluan laluan berkenaan.
"Saya telah membuat semakan dengan pihak JPN Pahang. Berdasarkan semakan tersebut, kos bagi laluan ini adalah sebanyak RM150,000 untuk modul Jetfloat.
"LULUS, ya cikgu. Saya telah meminta pihak JPN untuk mengambil tindakan selanjutnya.
"Semoga usaha ini dapat memudahkan urusan cikgu serta memberi manfaat dan keselesaan kepada anak-anak," katanya.
Jawapan berkenaan menunjukkan permohonan guru itu mendapat perhatian segera apabila peruntukan RM150,000 diluluskan bagi penyediaan laluan menggunakan modul Jetfloat.
Perkongsian berkenaan turut mencuri perhatian kerana permintaan itu dibuat menerusi satu hantaran Fadhlina yang memaklumkan gerak kerja yang dilaksanakan sebelum ini, susulan kerap menerima pertanyaan mengenai apa yang dilakukannya sebagai Menteri Pendidikan.
Berita berkaitan
August 27, 2026, 1:54 pm
KJ buka ‘jalan baharu’, lancar firma penasihat ketika PRU16 semakin menghampiri
August 27, 2026, 1:36 pm
Kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka diputus sebelum 16 September
August 27, 2026, 1:36 pm
Hanya tunggu 'green light' kerajaan, ATM bersedia bantu Nepal – Mohamed Khaled
August 27, 2026, 12:56 pm
"Ada orang jemput ke?" - Anwar tidak maklum pelawaan Azmin sertai semula PKR
August 27, 2026, 12:47 pm
Wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan warga emas di rumah kampung
August 27, 2026, 12:39 pm
Salah cetak bintang Jalur Gemilang, Mydin henti jualan tudung serta-merta
August 27, 2026, 12:33 pm
Pemandu tertidur dan tiada lesen, wanita maut Proton Saga terbabas di Tawau
August 27, 2026, 12:29 pm
Banjir Nepal: 17 pelancong Malaysia terputus hubungan berhampiran sempadan China
August 27, 2026, 12:07 pm
