TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Salah cetak bintang Jalur Gemilang, Mydin henti jualan tudung serta-merta

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Rangkaian pasar raya Mydin mengarahkan kesemua cawangannya untuk menghentikan jualan sejenis tudung bertemakan Jalur Gemilang serta-merta selepas dikesan mengalami kesilapan cetakan pada rekaan bintang 14 bucu.

Pihak pengurusan Mydin memaklumkan kecacatan pada corak bendera berkenaan berpunca daripada kesilapan teknikal cetakan oleh pembekal dan langkah pencegahan sedang diambil bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

"Kami memohon maaf atas kelekaan yang berlaku dan amat menghargai maklum balas yang diberikan oleh orang awam," menurut kenyataan pihak syarikat.

Isu berkenaan mula menarik perhatian selepas seorang pengguna platform Threads, @faizfaisal.png memuat naik gambar tudung tersebut di cawangan Subang Jaya serta mempertanyakan bagaimana produk yang disifatkan tidak menghormati simpul Jalur Gemilang itu boleh melepasi kawalan mutu jualan.

Sensitiviti rekaan bendera negara berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, sekali gus mendorong tindakan pantas Mydin untuk melepaskan jualan dan menarik balik produk terjejas dari pasaran.

+ - reset