Berita Berita
Wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan warga emas di rumah kampung
SEGAMAT, 27 Ogos – Seorang wanita berusia 40-an yang masih berstatus isteri orang ditahan bersama seorang lelaki warga emas berstatus duda selepas dipercayai berkhalwat di sebuah rumah kampung di sini, semalam.
Serbuan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira jam 11.40 pagi itu dijalankan susulan aduan awam berkenaan kewujudan dua kenderaan mencurigakan di lokasi kejadian.
Pemeriksaan awal mendapati pintu rumah berkunci dari dalam sebelum seorang lelaki lewat 60-an membukanya dan mendakwa berada seorang diri, namun pemeriksaan lanjut di bilik utama menemui wanita berkenaan yang dipercayai memandu sejauh lebih 100 kilometer untuk ke rumah itu.
"Wanita berkenaan mendakwa hanya datang menumpang berehat berikutan menghadapi masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian, manakala lelaki terbabit menguatkan alasan berniat mahu memperisterikannya selepas urusan perceraian selesai," menurut kenyataan JAINJ.
Pihak penguat kuasa menegaskan status perkahwinan sedia ada perlu dihormati dan alasan berehat tidak menafikan kesalahan berkhalwat, sebelum kesemua suspek ditahan untuk tindakan mengikut undang-undang syariah.
Berita berkaitan
August 27, 2026, 1:54 pm
KJ buka ‘jalan baharu’, lancar firma penasihat ketika PRU16 semakin menghampiri
August 27, 2026, 1:36 pm
Kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka diputus sebelum 16 September
August 27, 2026, 1:36 pm
Hanya tunggu 'green light' kerajaan, ATM bersedia bantu Nepal – Mohamed Khaled
August 27, 2026, 12:56 pm
"Ada orang jemput ke?" - Anwar tidak maklum pelawaan Azmin sertai semula PKR
August 27, 2026, 12:39 pm
Salah cetak bintang Jalur Gemilang, Mydin henti jualan tudung serta-merta
August 27, 2026, 12:33 pm
Pemandu tertidur dan tiada lesen, wanita maut Proton Saga terbabas di Tawau
August 27, 2026, 12:29 pm
Banjir Nepal: 17 pelancong Malaysia terputus hubungan berhampiran sempadan China
August 27, 2026, 12:07 pm
