Berita Berita
Hanya tunggu 'green light' kerajaan, ATM bersedia bantu Nepal – Mohamed Khaled
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia digerakkan bagi membantu misi kemanusiaan susulan bencana banjir besar yang melanda Nepal, sekiranya mendapat arahan kerajaan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ATM bersedia menyumbang kepakaran dan keupayaan dalam misi kemanusiaan serta berkaitan keamanan jika penglibatannya diperlukan.
“ATM bersedia untuk menyumbang kepakaran dan keupayaan kepada misi-misi berkaitan keamanan berhubung banjir di Nepal, bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan kerajaan sekiranya mereka memutuskan penglibatan ATM diperlukan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang peringkat Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Terdahulu, Bernama melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu memaklumkan sebanyak 54 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan bencana banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa, Nepal semalam.
Banjir kilat yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat serta runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi.
Bencana berkenaan turut mengganggu rangkaian komunikasi dan memutuskan akses jalan raya utama yang menghubungkan kawasan terbabit dengan ibu negara, Kathmandu.
Keadaan itu sekali gus menyukarkan usaha menghubungi serta pergerakan keluar masuk mangsa yang terjejas.
Berita berkaitan
August 27, 2026, 1:54 pm
KJ buka ‘jalan baharu’, lancar firma penasihat ketika PRU16 semakin menghampiri
August 27, 2026, 1:36 pm
Kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka diputus sebelum 16 September
August 27, 2026, 12:56 pm
"Ada orang jemput ke?" - Anwar tidak maklum pelawaan Azmin sertai semula PKR
August 27, 2026, 12:47 pm
Wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan warga emas di rumah kampung
August 27, 2026, 12:39 pm
Salah cetak bintang Jalur Gemilang, Mydin henti jualan tudung serta-merta
August 27, 2026, 12:33 pm
Pemandu tertidur dan tiada lesen, wanita maut Proton Saga terbabas di Tawau
August 27, 2026, 12:29 pm
