TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka diputus sebelum 16 September

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 27 Ogos – Hala tuju kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka dimuktamadkan sebelum sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbincangan berhubung formula kerjasama berkenaan kini masih berada pada peringkat eksplorasi awal sebelum dilaporkan kepada kepimpinan tertinggi PH dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya rasa sebelum Hari Malaysia, kita mungkin dah ada bayangan untuk maju ke depan berhadapan PRN Melaka. Satu sesi perbincangan dijangka berlangsung minggu ini bagi melihat perkembangan rundingan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sidang media sempena Festival Turath Islami Kebangsaan 2026 di sini, hari ini.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor menjelaskan, pengalaman gabungan itu bekerjasama mahupun bertembung dalam beberapa siri pilihan raya negeri sebelum ini akan dijadikan asas serta panduan bagi mencapai penyelesaian terbaik buat semua pihak.

+ - reset