TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Gempar! Mayat dah berbau ditemukan dalam ruang simpanan tayar pesawat dari Tokyo di KLIA2

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Penemuan mayat lelaki yang belum dikenal pasti dalam ruang simpanan tayar sebuah pesawat dari Tokyo, Jepun, mengejutkan kakitangan kejuruteraan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2), pagi ini.

Mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 6.55 pagi selepas pesawat terbabit mendarat di lapangan terbang itu sekitar jam 6.30 pagi.

Difahamkan, kakitangan kejuruteraan yang ditugaskan membuka ruang simpanan tayar pesawat berkenaan terlebih dahulu terhidu bau busuk yang mencurigakan sebelum membuat pemeriksaan.

Pemeriksaan itu membawa kepada penemuan mayat seorang individu yang memakai seluar jeans dan baju putih.

Penemuan tersebut kemudian dimaklumkan kepada Bilik Gerakan Balai Polis KLIA2 sebelum Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipanggil ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa dianggarkan berusia lingkungan 20-an dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih 72 jam.

Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat berkenaan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa serta punca kematiannya.

+ - reset