TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Banjir Nepal: 9 pendaki Malaysia dalam ‘Team Loe’ masih gagal dihubungi, dikhuatiri terkena kepala air

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Nasib sembilan rakyat Malaysia yang dikenali sebagai ‘Team Loe’ masih belum diketahui selepas mereka dilaporkan gagal dihubungi sejak semalam ketika dalam perjalanan dari Kathmandu menuju sempadan Nepal-Tibet.

Kumpulan berkenaan dikhuatiri berdepan risiko tinggi terkena kepala air ketika meneruskan perjalanan menuju Lhasa.

Mereka menaiki dua kenderaan pacuan empat roda dan ketika kejadian, kenderaan terbabit berada kira-kira 18 kilometer dari sempadan Nepal-Tibet, Rasuwagadhi–Kerung (Gyirong).

Pengerusi Majlis Rekreasi Malaysia, Muhamad Nur Azrul Che Zabani berkata, risiko kumpulan itu terkena kepala air sangat tinggi kerana laluan berkenaan terletak di kawasan lembah.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya kumpulan berkenaan sempat melepasi sempadan sebelum kejadian berlaku sekitar jam 9 hingga 10 pagi, kebarangkalian mereka untuk selamat adalah tinggi.

Kerajaan Nepal bersama pasukan penyelamat kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan kumpulan berkenaan.

Pada masa sama, Kedutaan Besar Malaysia di Nepal turut berusaha mendapatkan perkembangan terkini mengenai keberadaan sembilan rakyat Malaysia terbabit.

+ - reset