Berita Berita
Muktamar Pas: Asyraf Wajdi, pimpinan UMNO Kelantan sahkan hadir
KOTA BHARU, 30 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta pimpinan UMNO Kelantan mengesahkan kehadiran ke Muktamar Pas yang dijadualkan berlangsung di negeri ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pengesahan itu turut melibatkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan ketua-ketua bahagian, manakala Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh disahkan hadir ke Muktamar Pemuda Pas.
"Saya difahamkan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad turut dijemput dan dijangka akan ada wakil daripada Wanita UMNO yang hadir," katanya selepas meninjau lokasi muktamar di sini, hari ini.
Takiyuddin menambah, majlis itu turut menjemput pimpinan parti komponen Perikatan Nasional (PN), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta perwakilan gerakan Islam dari pelbagai negara luar seperti Bangladesh, Pakistan, Turkiye, Indonesia dan Thailand.
Mengulas mengenai hasrat UMNO yang dilaporkan ingin menjemput Pas ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, beliau memaklumkan Pas sedia menghantar wakil sekiranya jemputan rasmi diserahkan kelak.
Berita berkaitan
August 31, 2026, 9:24 am
Pejalan kaki warga Bangladesh maut dilanggar lari di Shah Alam
August 31, 2026, 9:03 am
Ong Kian Ming umum keluar DAP berkuat kuasa hari ini
August 31, 2026, 8:58 am
Wanita jadi mangsa ragut ketika leka berbual telefon di depan rumah di Taman Cheras Perdana
August 31, 2026, 8:49 am
IPU sederhana, langit cerah iringi sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya
August 30, 2026, 6:55 pm
Dua penghuni melarikan diri dari Puspen Dengkil ditangkap semula
August 30, 2026, 6:51 pm
Super El Niño: Harga sayur, rempah diramal melonjak menjelang pertengahan 2027
August 30, 2026, 6:45 pm
Peruntukan penyelenggaraan sekolah naik RM1.5 bilion pada 2027
August 30, 2026, 6:41 pm
PM ikrar pulangkan hasil rampasan kegiatan haram kepada rakyat
August 30, 2026, 1:10 pm
