Berita Berita
Banjir Nepal: Kerajaan hantar pasukan SMART, salur sumbangan AS$1 juta
PUTRAJAYA, 30 Ogos – Kerajaan memutuskan untuk menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana banjir dahsyat yang melanda Nepal.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pengerahan itu diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama Kementerian Luar Negeri (KLN) untuk tindakan segera.
"Pasukan SMART turut diamanahkan untuk mengesan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas, selain membantu Kedutaan Besar Malaysia di Nepal menyelaras bantuan serta memastikan keselamatan dan kebajikan mereka," katanya.
Beliau menambah, Malaysia turut menyalurkan sumbangan kemanusiaan sebanyak AS$1 juta kepada Nepal bagi menyokong usaha pemulihan pascabencana serta membantu mangsa terjejas.
Langkah berkenaan diambil susulan laporan bahawa seramai 91 rakyat Malaysia yang berada di rantau berkenaan—iaitu 55 di Nepal dan 36 di China—masih gagal dihubungi akibat banjir besar di kawasan sempadan Nepal-Tibet sejak Rabu lalu.
Berita berkaitan
August 30, 2026, 12:56 pm
FAMA nafi dakwaan wujud peniaga Rohingya di pasar tani Terengganu
August 30, 2026, 12:39 pm
Dua beradik sesat di Bukit Putus Lama ditemui selamat
August 30, 2026, 12:35 pm
Isu Azizulhasni: Pemuda Pas persoal keseriusan KBS, minta perinci peruntukan RM9.3 juta
August 30, 2026, 11:31 am
'Hutang negara meningkat sejak 1998, Anwar sedang kerja keras perbaiki kerosakan negara' - Aiman Athirah
August 29, 2026, 11:25 am
Jangan degil! KKM beri amaran, 'Reta' masih belum lulus, pengguna boleh alami komplikasi kesihatan
August 29, 2026, 11:19 am
Kematian Nur Qaira: Dr. Taufiq desak siasatan menyeluruh tanpa kompromi
August 29, 2026, 11:13 am
